Saturday 10 November 2012

Cintaku Bermula

 SMIAAG. Singkatan bagi Sek. Men. Islam Al-Amin, Gombak. Belum pun sampai setahun aku menjadi guru di sekolah itu dan aku benar-benar jatuh cinta pada sekolah itu. 
 Aku bermula dengan kekalutan dan kesempitan. Masa tu aku belum pun lagi jawab final exam. Aku dipanggil temuduga dan terus diminta masuk mengajar. Aku bersyukur dan redha dengan rezeki yang Allah kurniakan padaku. Orang lain sibuk mencari kerja lepas grad, tapi aku sudah pun dapat kerja walaupun belum habis exam. Bermula saat itu, kebergantunganku pada Allah sangat kuat. Pagi aku mengajar sampai petang. Malam aku gunakan untuk menelaah. Aku kepenatan dan kadang-kala rasa macam nak menangis. Tapi aku kuatkan juga semangat.
 Alhamdulillah, aku lulus dengan jayanya dalam final exam. Kemudian kerjayaku diteruskan sebagai guru. Begitu banyak yang mahu kukongsikan di sini. InsyaAllah, aku akan memilih momen-momen yang benar-benar memberi erti pada diri untuk dikongsikan di sini.